ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran
Maksud Penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P
Menggunakan ICT dalam P&P
- Tutorial
- Penerokaan (eksploratori)
- Aplikasi
- Komunikasi
Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P
1. ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara ‘bidan terjun”
2. Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokonmg pendekatan P&P
3. Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiiviti pembelajaran
Maksud ICT dalam pembelajaran tutorial
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
§ Pembelajaran ekspositori
§ Demontrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
§ Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.
Manfaat ICT dalam pembelajaran
Ø Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Ø Meningkatkan motivasi
Ø Membolehkan pembelajaran bersendiri
Ø Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Ø Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Ø Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
Maksud ICT untuk pembelajaran penerokaan
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku pabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
Ø Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, gerbang maklumat dan lain-lain
Ø Mengalami, mempelajari dan mengkaji isitem fenomena secara simulasi
Ø Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Ø Perbezaan pembelajaran penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala pembelajaran tutorial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh guru
Maksud ICT sebagai alat aplikasi
ICT dikatakan digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
Ø Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf
Ø Penggunaan perisian aplikasi khusus seperti editor grafik
Maksud ICT sebagai alat pemudah komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
· Teks
· Grafik
· Audio
· Video
· Kombinasi pelbagai mod
artikel yg menarik
ReplyDeleteartikel yang berinformasi.
ReplyDelete