ROBAKYAH YAAKOB (210245)

Wednesday 8 June 2011

Sinopsis Artikel

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa:
Penguasaan Guru Dalam Kekangan Dalam Perlaksanaan.
            Pengajaran bahasa menggunakan komputer menjadi semakin popular di kalangan guru-guru pada masa kini. Ini kerana, melalui penggunaan teknologi ini, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Akan tetapi, sejauh manakah guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran menggunakan komputer.  
            Melalui dapatan kajian:
            Melalui Konsep Pengajaran Bahasa Berpandukan Komputer (PBBK) menunjukkan terdapat beberapa pemahaman dalam memahami konsep PBBK. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pendedahan, peluang dan komitmen. Kajian menunjukkan kebanyakan guru memahami konsep ini bermaksud guru turut hadir apabila pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer.
            Melalui survey yang dijalankan, kebanyakan guru merasa tidak selesa pengajaran bahasa menggunakan komputer. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berapa mengetahui menggunakan perisian dan program.
            Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa adalah; kebanyakan guru percaya ia terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Jika ia diaplikasikan dalam pengajaran karangan, kaedah ini menunjukkan kurang berkesan.
            Kesannya kepada pelajar jelas menunjukkan peningkatan minat pelajar dalam mempelajari bahasa. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan kepada pelajar pintar dan tidak kepada pelajar yang kurang pintar.
            Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan cuba untuk mempelajari untuk menggunakan komputer. 

Monday 6 June 2011

Panduan Membina Blog

Cara Membuat Blog








ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Maksud Penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P

Menggunakan ICT dalam P&P 

-          Tutorial
-          Penerokaan (eksploratori)
-          Aplikasi
-          Komunikasi

Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P 

1.    ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara ‘bidan terjun”
2.    Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokonmg pendekatan P&P
3.    Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiiviti pembelajaran


Maksud ICT dalam pembelajaran tutorial

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
§  Pembelajaran ekspositori
§  Demontrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
§  Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

Manfaat ICT dalam pembelajaran

Ø  Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Ø  Meningkatkan motivasi
Ø  Membolehkan pembelajaran bersendiri
Ø  Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Ø  Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Ø  Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

Maksud ICT untuk pembelajaran penerokaan 

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku pabila ICT digunakan sebagai medium untuk:

Ø  Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, gerbang maklumat dan lain-lain
Ø  Mengalami, mempelajari dan mengkaji isitem fenomena secara simulasi
Ø  Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Ø  Perbezaan pembelajaran penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala pembelajaran tutorial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh guru

Maksud ICT sebagai alat aplikasi

ICT dikatakan digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf
Ø  Penggunaan perisian aplikasi khusus seperti editor grafik


Maksud ICT sebagai alat pemudah komunikasi 

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

·         Teks
·         Grafik
·         Audio
·         Video
·         Kombinasi pelbagai mod

ICT Dalam Pendidikan

http://pdfsearchpro.com/ict-dalam-pendidikan-prospek-dan-cabaran-dalam-pembaharuan-pedagogi-pdf.html

Sunday 5 June 2011

Berguru ke padang datar,
   Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
   Bagai bunga kembang tak jadi.