ROBAKYAH YAAKOB (210245)

Wednesday 8 June 2011

Sinopsis Artikel

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa:
Penguasaan Guru Dalam Kekangan Dalam Perlaksanaan.
            Pengajaran bahasa menggunakan komputer menjadi semakin popular di kalangan guru-guru pada masa kini. Ini kerana, melalui penggunaan teknologi ini, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Akan tetapi, sejauh manakah guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran menggunakan komputer.  
            Melalui dapatan kajian:
            Melalui Konsep Pengajaran Bahasa Berpandukan Komputer (PBBK) menunjukkan terdapat beberapa pemahaman dalam memahami konsep PBBK. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pendedahan, peluang dan komitmen. Kajian menunjukkan kebanyakan guru memahami konsep ini bermaksud guru turut hadir apabila pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer.
            Melalui survey yang dijalankan, kebanyakan guru merasa tidak selesa pengajaran bahasa menggunakan komputer. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berapa mengetahui menggunakan perisian dan program.
            Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa adalah; kebanyakan guru percaya ia terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Jika ia diaplikasikan dalam pengajaran karangan, kaedah ini menunjukkan kurang berkesan.
            Kesannya kepada pelajar jelas menunjukkan peningkatan minat pelajar dalam mempelajari bahasa. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan kepada pelajar pintar dan tidak kepada pelajar yang kurang pintar.
            Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan cuba untuk mempelajari untuk menggunakan komputer. 

4 comments:

  1. Memang tidak dinafikan penggunaan komputer memberi banyak faedah kepada guru dan murid.

    ReplyDelete
  2. tetapi sekarang perlu komputer baru...yang lama byk yang tak sihat.

    ReplyDelete